Keperluan untuk masuk Universiti

Assalamualaikum w.b.t. semua!


Dah lama kan Neesa tak berblogging. Last sekali tu pun post tag yang nabeel tagkan. hihik. Sorry yaa semua. I'm quite busy arranging my upcoming events. haha. What event yeh? Event masuk Universiti. Hmm, I baru nak inform you olls yang I dapat MARA tu. Alhamdulillah. Termakbul impian my father and mother. *Bye bye PALAM. So, my destination tak lain tak bukan UniKL MICET for Chemical Engineering Process. Should be 3 in Malaysia + 3 in Overseas IF I got CGPA 3.50. Hmm, InsyaAllah I'll try my best to get CGPA 4.00. Aminn


Sebab Neesa nak masuk Universiti kan, so for sure kena get ready dengan macam-macam. The main thing inside my head is Keperluan Hostel. Yeah. Dah lama dah tinggalkan hostel. Kini terpaksa mengharunginya lagi :) *smilesss . So today I'm gonna share with you guys things yang kena bawak ye!

First on the list is ........

P A K A I A N.

Outfit yes! pakaian perlu sebut dulu sebab sangat penting. baju kurung kalau baru-baru masuk bawa dalam 10 helai pun dah terlebih cukup. itu pun bukan apa, sebab takut nanti orang nampak kita pakai baju sama je tiap-tiap minggu kan? oleh itu, kena banyak variety baju supaya boleh tukar-tukar. eh, ini bagi Neesa sebab Neesa malas nak basuh baju everyday. #Eh. hahaa pakaian duduk kat hostel pulak tak berapa nak kisah sebab roomates je yang tengok. and sediakan baju untuk beriadah banyak-banyak juga kalau anda seorang yang pemalas nak basuh baju. Kehadiran tudung express or tudung syria sangat diperlukan bila hidup di asrama. ye la setakat nak turun cafe pakai selendang ala-ala Yuna bagai kau ingat kau artis apa? Takkan nak iron tudung bawal kejap kejap hanya nak keluar depan tu je.

So sediakan Tudung Express ye.

tips : malas nak bawa baju banyak but tak nak orang perasan yang korang balik-balik pakai baju yang sama? senang je. tukar la tudung korang. 

BARANG KEBERSIHAN

ini benda kedua terpenting bagi Neesa. nanti bukan setakat kena sediakan sabun, shampoo, cuci muka, muka, and benda-benda sanitary yang lain tapi kena sediakan juga bakul untuk letak pakaian kotor, and baldi. oh ye, cakap pasal baju jangan lupa sepit baju and hanger! kalau boleh beli penyangkut baju juga untuk disimpan dalam bilik. boleh gantung tuala, tak pun tudung express, tak pun gantung kad matrix. hehe!

tips : nanti waktu shopping barang-barang keperluan nak masuk universiti beli je barang-barang yang dalam bentuk 'economy pack'. mana tahu dah start masuk university dah sibuk or kedai jauh atau jual mahal sangat. dah padan muka!

BARANG KEPERLUAN BILIK

Kebanyakan hostel tak ada sediakan bantal tau jadi pandai-pandai la beli bantal nanti nak masuk hostel. tapi kebiasaannya waktu hari pendaftaran nanti hostel masing-masing akan buka bazaar untuk peniaga luar jual barang-barang keperluan hostel di hostel masing-masing. senang sikit nak beli bantal or apa-apa kan? antara barang lain yang mungkin diperlukan ;

1. wayar extension. 

mana tahu dalam bilik tu ada satu suis sahaja jadi kalau ada wayar extension boleh guna barang elektrik banyak-banyak at one time.

2. kunci mangga.
Bukannya nak membatu-apikan keadaan tapi roomate kita nanti kita tak tahu latar belakang mereka. lagipun, kalau bukan roomate kawan-kawan lain pun kita kena hati-hati juga. jadi sediakan kunci mangga untuk almari baju or almari korang yang ada benda penting.

tips : nanti sediakan kain buruk and penyapu. bukan apa untuk bersihkan perabot dalam bilik and lantai-lantai rumah. ye la, sebelum boleh selesa tidur malam kena bersihkan betul-betul. kalau tak nak tak apa nanti boleh tidur dengan lipas. 

BARANG KAKI

Kalau nak ikutkan tips memang rabak la poket korang masuk university. hehe! tak apa berbelanja awal-awal ni je hujung-hujung nanti dah boleh goyang kaki. 

1st - kasut untuk pergi kuliah yang sebaik-baiknya kasut bertutup. and lagi bagus ada heels! nampak ayu and matang. pergh!

2nd - sandal untuk jalan hari-hari nak pergi cafe nak pergi pekan. tak payah pakai heels nanti tak pasal-pasal kaki melecet. terus lemak terkumpul sebab malas jalan kaki melecet.

3rd - kasut sukan pun perlu juga sebab confirm sangatlah nanti mesti ada kena turun padang or ada buat aktiviti kokurikulum kan? so, sediakan kasut sukan sebelum sengsara okay!

4th - selipar tandas untuk masuk tandas tak kan masuk dapur. ini perlu sebab tandas dikongsi beramai-ramai. faham-faham je la kalau tandas berkongsi. tahap hygenic masing-masing berbeza so lu pikir la sendiri.

tips : bagi sesiapa yang selalu pakai kasut mesti akan ada masalah kaki melecet dekat belakang kaki kan? so pergi cari barang-barang scholl foot care untuk tambah keselesaan pada kaki. 

Jangan lupa checklist yeh.. That's all dulu. Nanti Neesa sambung lagi :)

Thanks Kak Hidayati 

You Might Also Like

18 budak comel =)

  1. Emmm, nawwar dapat offer kat situ jugak tp bukan under mara ah. Nanti datang kulim tell me yahh. Nawwar bawak neesa jenjalan. Hihi :p good luck neesa ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Neesa kalau ddk Penang, neesa stay Bkt Mertajam. Dekat je dgn Kulim . Isnin ni nak pergi Penang seminggu :)

      Delete
    2. Skrg ni neesa belajar th brp di micet ?
      ?

      Delete
  2. thanks for sharing.all the best then :-)

    ReplyDelete
  3. thanks for sharing.all the best then :-)

    ReplyDelete
  4. saya nk prgram 3+3 tu..tpi sy xdan nk isi..so amik program diploma biase jela...nk g overseas jgk....nk tnye bleh x lepas kite score tggi then mntak smule ngan mara untuk pgi overseas?walaupun bukan under prgram 3+3 tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap, cuma budak budak SPC interview dulu baru masuk MICET. And semuanya budak spm minimum qualification 6A 3B. tapi bagi budak diploma biasa, boleh je apply nak fly utk degree dgn qualification diploma at least CGPA 3.5 dan keatas

      Delete
  5. kira akak masuk palam, baru pergi uitm ke? kra akak masuk mara bla rayuan akak diterima kn?

    ReplyDelete
  6. silap type la pulak.... kira akak masuk palam, baru pergi *MARA ke? kra akak masuk mara bla rayuan akak diterima kn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. I didnt enter palam at all. Memang originally masuk Micet

      Delete
  7. Salam akak. macam mana kita nak apply program 3+3 tu?

    ReplyDelete
  8. salam akak..satu bilik dkat micet brp org?
    saya dpat situ

    ReplyDelete
  9. salam.. satu bilik berapa org yea? risau pulak bawak banyak barang nnt if one room share banyak org. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat micet ke?
      1 bilik 4 orang
      tapi okay luas

      Delete