Too much for nothing

Assalamualaikum w.b.t


Don’t actually feel like writing a serious post today but I think I should put it out there.

Yesterday, it's quite not a fun day for me. You know why? I actually should have iftar with my close friends here in Micet. But then, the plan was obstructed by my parents. Pada mulanya, agak sedih because I don't feel free at all (even you're 18 years old already). I feel like incarcerated in micet. I feel so numb and crying because angry to someone that raised me up. Yeah, maybe people would just say, "Pergi je. Parents kau bukannya tahu pun". But then Allah tahu. Allah tahu yang kita langgar arahan ibu bapa kita. Allah tahu kita ingkar suruhan baik ibu bapa kita. Allah tahu.

Furthermore, I've spent a lot for this month in Micet. Yelah. Duit mara tak masuk lagi so actually tak bolehlah nak joli sangat sebab kita belanja duit mak bapak kita. Bukan kita punya. Even though before this , I actually ada je keluar dengan kawan kawan but then itu hanyalah dekat dengan micet je. Perjalanan yang tak memakan masa yang panjang. Truly from deep in my heart, I really wanted to go. but then maybe there's no bless from Allah. No rezeki. Maybe next time, we can go yeah.

In order to make me calm, I read this article.

Abu Sa‘id al-Khudri radhiallahu ‘anh berkata:
Sesungguhnya seorang lelaki dari Yaman telah berhijrah kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam (untuk berjihad) lalu baginda bertanya: “Adakah kamu mempunyai seseorang di Yaman?”


Dia menjawab: “Ibubapa aku.” Rasulullah bertanya: “Adakah mereka memberi izin kepada engkau?”Dia menjawab: “Tidak.”Rasulullah bersabda: “Kembalilah kepada mereka berdua dan mintalah izin dari mereka berdua.Jika mereka mengizinkan engkau maka berjihadlah akan tetapi (jika tidak)maka berbuat baiklah kepada mereka berdua.”[1]
Berkata al-Syaukani rahimahullah berkenaan hadis di atas:
Dalam hadis (di atas) terdapat petunjuk bahwa berbuat baik kepada ibubapa adalah lebih utama daripada berjihad. Manakala sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam Jika mereka mengizinkan engkau maka berjihadlah di dalamnya terkandung dalil bahawa wajib (hukumnya) meminta izin ibubapa di dalam urusan berjihad dan yang sedemikian adalah pendapat jumhur ulama’. Dan mereka memutuskan dengan keharaman berjihad jika kedua-duanya atau salah seorang daripada mereka menegah (anak mereka) daripada berjihad kerana sesungguhnya berbuat baik kepada ibubapa adalah fardhu ‘ain manakala jihad adalah fardhu kifayah. Akan tetapi apabila hukum jihad jatuh fardhu ‘ain maka tidak perlu meminta izin (daripada mereka berdua).[2]


Perhatikan hadis di atas. Sekalipun keluar berjihad di jalan Allah adalah satu amalan yang amat penting kepada agama dan umat, lagi besar ganjaran kepada yang melakukannya, ia tetap tidak mengungguli amalan berbuat baik kepada ibubapa. Ini menunjukkan bahawa kita tetap perlu mendapatkan keizinan ibubapa sekalipun terhadap sesuatu aktiviti yang memiliki tujuan keagamaan. Secara lebih terperinci, hadis di atas memiliki beberapa petunjuk hukum, iaitu:

Petunjuk Pertama:

Kita tidak memiliki pilihan sewenang-wenangnya untuk keluar rumah melainkan perlu terlebih dahulu mendapat izin dan redha ibubapa. Keluar daripada rumah boleh dibahagikan kepada beberapa suasana:

Suasana Pertama:


Kita keluar untuk tujuan yang menyelisihi syari‘at, seperti pergi ke kelab hiburan malam. Tidak perlu meminta izin ibubapa dalam perkara yang sememangnya tidak diizinkan oleh syari‘at. Malah seandainya ibubapa menggalakkannya, kita tidak perlu menuruti galakan tersebut tetapi justeru menasihati dan membetulkan mereka.

Suasana Kedua:

Kita keluar untuk tujuan yang harus, seperti berjalan-jalan di taman atau ke pusat membeli belah. Perlu meminta izin ibubapa dan mencari keredhaan mereka. Seandainya mereka tidak mengizinkan, maka kita tidak boleh keluar dari rumah.

Suasana Ketiga:

Kita keluar untuk tujuan yang selari dan dituntut oleh syari‘at, seperti pergi solat berjamaah, berdakwah dan menuntut ilmu. Kita tetap perlu meminta izin ibubapa dan mencari keredhaan mereka. Seandainya mereka tidak mengizinkan, duduklah berbincang dengan secara lemah lembut dan hikmah untuk mencari jalan penyelesaian yang dipertengahan. Mungkin mereka melarang kerana berlaku salah faham atau mereka sendiri menghajatkan sesuatu daripada kita pada saat itu.

Suasana Keempat:

Kita terpaksa keluar disebabkan berlakunya sesuatu yang genting, seperti keluar berjihad apabila musuh tiba-tiba menyerang atau keluar membantu mangsa apabila berlaku kemalangan jalan raya di hadapan rumah. Dalam suasana genting seperti ini, kita hendaklah bersikap bijak dalam menimbang antara dua tuntutan agama, manakah lebih yang lebih patut diberi keutamaan (Fiqh al-Awlawiyat: فقه الأولويات). Maka dibolehkan keluar tanpa izin dan redha ibubapa dalam suasana yang genting lagi terpencil ini.

Perkara lain yang perlu diperhatikan adalah, sekalipun diizinkan untuk keluar rumah, kita hendaklah memerhatikan sama ada ibubapa memiliki hajat tertentu dalam tempoh pemergian itu. Ini kerana ibubapa, disebabkan oleh sifat kasih sayang yang amat mendalam, lazimnya akan mengizinkan kita sekalipun mereka pada tempoh tersebut menghajatkan sesuatu daripada kita. Justeru jika jelas kelihatan bahawa ibubapa memiliki hajat tertentu, janganlah keluar melainkan dilaksanakan terlebih dahulu apa yang dihajati oleh mereka.

And I realise I'm in Suasana Kedua. Hmm, nevermind. Bak kata Nabil, one day mereka akan beri kepercayaan kat kita. Just wait and see. To read more, silalah lawat blog http://hafizfirdaus.com


You Might Also Like

2 comments

  1. Islam ni pentingkan redha ibu bapa. Ibu bapa redha, Allah pun redha. Takpe akak, mungkin rezeki akak lain kali kut, InSyaAllah ;)

    ReplyDelete